mari kite renungkan samasama,salah kite ke salah facebook mbuatkn kite lalai.,.
" Ah, aku tak update status lagi."
" Yeah! Aku ada makwe dalam FB."
" Sesungguhnya FB digunakan untuk mencari jodoh."
Itulah yang difikirkan oleh seorang lelaki yang bernama Zaid.
Facebook menjadi laman sosial yang sangat diminati olehnya. Mana tidaknya, senang sahaja dia dapat maklumat apa-apa melalui FB. Dapat awek pun melalui FB. Cun pula tu.
Zaid dulu yang aktif bersosial bersama kawannya kini menukar gaya hidupnya. Zaid kini aktif bersosial di FB.
Kawannya menjadi tertanya-tanya, ke mana Zaid? Zaid kini suka bersendirian melayan teman muka bukunya.
Nak larang ni, jangan buat Zaid marah! Kalau tak, memang sumpah seranah dia update status dia. Tetapi Zaid tak sedar, dia menyumbang dosa kepada orang lain apabila menyumpah dalam FB dan dosanya dua kali lebih ganda daripada menyumpah di hadapan orangnya.
Yang dapat dosa, kita dan pembaca.
Yang paling sedih, Zaid selalu meluahkan perasaannya melalui FB. Ada seorang insan menegurnya di dalam FB:
" Face Al-Quran, not Facebook it."
Zaid menjadi berang! Siapa kau nak tegur aku? Lalu diblock orang yang menegurnya iaitu Ibunya sendiri. Teruknya penangan FB pada Zaid.
Sampai satu tahap, Zaid membeli telefon Pintar, katanya untuk memudahkan dirinya untuk stay connected dengan rakan muka bukunya. Seronok bukan main! Tidur FB, Bangun FB, makan FB, assignment FB.
Pada suatu hari, Zaid dipanggil oleh pensyarahnya, nak tahu kenapa? Assignmentnya FAIL! Ayat merapu, penggunaan bahasa yang sangat teruk. Malah assigmentnya dengan kejamnya dibaling ke bakul sampah. Zaid terasa hati dengan pensyarahnya lalu diupdate status:
"Pensyarah Kejam! Ada ke patut baling assignment aku dalam tong sampah! Memang s*** lahh!"
Maka berlakulah sesi mengumpat di situ. Syaitan gelak sebab melihat keletah Zaid.
Pada hujung semester, Zaid pulang ke kampungnya. Selepas sahaja bersalaman dengan bapanya, dia mahu bersalam dengan Ibunya. Tetapi apa yang ibunya kata?
" Awak tak perlu Ibu pun. Main jelah FB tu. Buat apa salam ibu."
Tersentap Zaid. Lalu dia mengupdate status meminta pendapat bagaimana untuk mengurangkan rasa marah ibunya kepada dirinya. Dan ada satu komen yang sangat menyentap hatinya:
" Senang sahaja, kurangkan main FB dan berbual dengan Ibu kau ni. Dah lama kau tak berbual dengan dia. Call pun tak."
Nak tahu siapa komen? Bapanya.
Air mata jantannya menitis tanpa sedar. Tiba-tiba hidayah datang kepadanya di dalam keadaan yang sungguh leka berFB.
" Ya, Allah, sungguh aku tak sedar aku sudah mengabaikan keluarga aku dan sahabat aku sendiri."
Lalu FBnya dilog out dan terus dia pergi memeluk ibunya. Ampun dipohon dan segalanya kembali normal.
Zaid kini tidak lagi gila facebook. Dia sudah mula bergaul dengan sahabat-sahabatnya.
Dia berterima kasih kepada sahabatnya kerana masih sanggup menerima dirinya.
Tetapi ada satu persoalan, salah kita atau facebook jika kita terleka?
Gunalah facebook untuk jalan dakwah. In sha Allah anda mampu mengubahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan