Isnin, 17 Jun 2013

Malas bersenam dan cara mengtasinya !

Akibat Malas Bersenam:

5 Cara Berkesan Untuk Mengatasinya Setiap seorang daripada manusia yang lahir di dunia ini dikurniakan masa yang sama, yakni 24 jam setiap hari.

24 jam ini juga dibahagikan kepada beberapa jam, untuk melakukan aktiviti harian seperti tidur, bekerja, dan meluangkan masa bersama yang tercinta. Namun terdapat satu aktiviti yang sering kita terlepas pandang, dan aktiviti ini boleh membahayakan kesihatan kita untuk jangka masa panjang.

Aktiviti yang dimaksudkan ini adalah melakukan senaman setiap hari. Memandangkan 90% masyarakat Malaysia mempunyai waktu kerja 9 pagi hingga 5 petang, maka majoriti mereka berpendapat mereka kekurangan masa, untuk melakukan senaman. Meskipun hanya melakukan senaman ringan, seperti berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah.

 Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Teri O’Connor, sifat malas bersenam ini biasanya terletak pada golongan wanita. Ini kerana berdasarkan kajian kesihatan yang dilakukan di Amerika Syarikat, kebanyakan suri rumah banyak menghabiskan masa untuk menonton televisyen pada waktu petang.

 5 Tip Mudah Supaya Rajin Bersenam Jangan malas-malas, nanti badan naik atau sakit datang, kita akan menyesal tak sudah.

 Dalam artikel Melissa Ironside iaitu ‘The lazy person’s guide to losing weight’, beliau menyatakan terdapat 5 tip yang boleh dilakukan, jika kita seorang yang kurang rajin melakukan senaman pada waktu petang.


 Tip 1 – Bersenam Bersama yang Tersayang Bagi mereka yang sudah mempunyai isteri atau suami, maka rajin-rajinkan diri untuk ajak si dia untuk bersenam selepas pulang dari kerja, atau rancang jadual mingguan untuk beriadah di taman permainan atau mana-mana pusat riadah.
Apa yang penting di sini adalah memastikan aktiviti yang kita lakukan dapat mengeluarkan peluh. Dalam masa yang sama, kita dapat mengeratkan hubungan yang lebih baik.Bagi yang masih belum mempunyai suami atau isteri, kita boleh ajak rakan-rakan karib, atau adik beradik untuk melakukan aktiviti seperti bermain badminton, joging, layang-layang dan sebagainya.

 Tip 2 – Bersenam Ketika Menonton Televisyen Terdapat beberapa jenis senaman ringan yang boleh dilakukan, meskipun kita sedang menonton televisyen di rumah pada waktu petang. Melissa Ironside mencadangkan agar kita melakukan sit-up, atau melakukan rengangan badan ketika sedang menonton rancangan kegemaran.

 Tip 3 – Guna Psikologi MP3 Berdasarkan pengalaman Glenda menurunkan berat badan sebanyak 197 paun, beliau menyatakan gajet mp3 memainkan peranan besar untuk memastikan beliau terus bersemangat, ketika melakukan senaman. Ini kerana lagu-lagu yang dimainkan secara tidak langsung mempengaruhi beliau, untuk terus bersenam meskipun sudah letih.
 Bagi yang berkemampuan, kalian boleh menggunakan gajet MP3 berkualiti tinggi seperti iPod, keluaran syarikat Apple. Ini kerana iPod menyediakan pelbagai fungsi senaman yang efektif menerusi apps, selain menyediakan pemain muzik yang berkualiti tinggi.


 Tip 4 – Jalan Kaki Ke Kedai Runcit yang Berdekatan Jika terdapat kedai runcit yang terletak berdekatan dengan rumah, kita boleh melakukan senaman mudah dengan pergi ke kedai runcit dengan berjalan kaki. Ini secara tidak langsung dapat mengeluarkan sedikit peluh. Pastikan barangan yang ingin dibeli tidak terlalu berat, atau ia akan menyukarkan pergerakan kita ketika mahu pulang. Contohnya, kita boleh berjalan kaki ke kedai runcit jika mahu beli barang-barang yang ringan seperti ubat gigi, susu tepung, kelapa parut dan sebagainya.

 Tip 5 – Senaman Paling Mudah – Regangkan Badan Setiap Jam Bagi yang masih mempunyai alasan untuk tidak melakukan senaman, tip yang terakhir ini dapat membantu kita semua untuk bertindak serta merta. Setiap jam pastikan kita bangun dari kerusi dan lakukan regangan pada tubuh badan. Kelima-lima tip di atas adalah mudah untuk dilakukan, meskipun kita tidak mempunyai banyak masa. Perkara yang paling sukar untuk dilakukan adalah bertindak hari ini. Semoga entri ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada kalian, untuk merancang aktiviti senaman mulai sekarang.




jom bersenam utk mjaga kesihatan kite bersama .. :)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan