Selasa, 13 Mei 2014

....UNIKNYA JODOH.....

.
jodoh itu unik.sesekali yg dikejar-kejar menjauh..yang tak sengaja mendekat.yang seakan sudah pasti menjadi ragu,yang awalnya diragu menjadi pasti,yg ternilai menjadi biasa,yang tak dinilai menjadi ternilai,yang selalu diimpikan tak berujung pernikahan,yang tak pernah terfikir,bersanding dipelamin,maka percyalah.......


  1. jodoh itu bukan masalah seberapa lama kamu mengenalinya,
  2. seberapa akrab kamu dgn org tuanya,
  3. atau seberapa sering kamu berkomunikasi dgnnya.....

  • tapi seberapa yakin kamu dgnNya
  • seberapa besar kepasrahan kamu padaNya
  • seberapa besar kamu merayuNya
  • seberapa besar semangat kau menyempurnakan ikhtiar utk mendapatkanNya
  • seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkanNya
  • Lalu diganti dgn yang baik menurut versiNya....






MOGA SAHABAT YANG SEDANG DALAM PENANTIAN SEMAKIN YAKIN DGN TAKDIR ALLAH.SEMAKIN SEMANGAT MENJEMPUT BELAHAN JIWANYA>>>AAMIIN>>AAMIIN

MATI JUGA JODOH KITA<JGN PERNAH LUPA TAW........

Ahad, 27 April 2014

hakikatnya jodoh...




apabila dua orang telah digariskan utk dpt hidup bersama...telah  tertulis siapa yg menjadi jodohnya dlm kitab lauhal mahfudz maka sejauh apapn meraka,sebanyak apapun rintangan yg mghalangi,sebesar apapun beza diantara mereka,sekuat apapun usaha dua org tersebut utk mghindarinya,meski mereka tidak pernah saling bertengur sapa...PASTI.!!!!!!!!! tetap  sahaja mereka akan bersatu,seakan  ada magnet yg menarik mereka,akan adaa hal yg datang utk menyatukan mereka berdua akan ada suatu kejadian yg mbuat mereka saling mendekat dan akhirnya bersatu.........AAMIIN,,,,,

Isnin, 10 Mac 2014

luahan dan pertanyaan seorang sahabat blogger saya...jom sama sama kite dgrkan dan bacakan,, semoga menjadi penguat semangat wanita2 diluar sana..

Assalamualaikum..

 blh ana nak ty satu pertanyaan??
sbnrnya ana xbpurdah. Ana berniat utk pakai purdah tp byk halangannya.. satu hari saudara ana ade ckp kt ana yg org pakai purdah ni layak utk org cntik je sb takot fitnah dan myembunyikn kecantiknnya dr lelaki..tp org xcntik xperlu pakai dan xsesuai pakai purdah sb xde org laki nak tgok pn dan mgkin xde sapa pn inginkn. Emm.sejak dr tu ana rasa down sb ana kategori yg xcntik.. ana mohon sgt penjelasan dr kekawan semua mengenai perkara ni...syukran..

Sabtu 12.27 pagi


 wa'alaikumussalam.. maaf atas kelewatan cantik tu subjektif.. org lain, lain pandangannya.. contoh :- minah ni cantik bg ali.. tp abu tengok, minah ni biase2 je.. pndangan laki ni berbeza.. memang setengah org digalakkan pakai niqab sbb wajah menjadi fitnah. seperti wajah menjadi daya tarikan buat kaum Adam.. setengah org digalakkan pakai niqab sebab, utk tutup kecacatan yg menyebabkan dirinya dihina.. tp niqab tu kan sunnah.. tak perlu tunggu cantik utk berniqab..

kenapa perlu pakai tudung labuh ea??

" Eh, kenapa kamu pakai tudung labuh? Tak panas ke eh? Mesti kuat agama kan?"

Aku menoleh ke arah seorang perempuan yang berselendang singkat lalu berkata: " Kenapa awak pakai selendang tu? Tak panas ke?"

Terkejut perempuan itu lalu berkata: " Sebab panas la saya pakai macam ni. Lega sikit. Tak rimas. Panas pun tak sangat." Pandai bagi jawapan.

Hehe " Samalah saya pun, sebab panas lah saya pakai labuh, tutup sebab dekat akhirat nanti memang panas. Latihanla ni." Perempuan itu sentap lalu tersenyum.

Nak tahu kenapa pakai tudung labuh? Banyak sangat sebabnya antaranya ialah:

1. Untuk mengelakkan terdedah bentuk aurat di bahagian dada dam.juga belakang.

2. Tudung labuh menundukkan pandangan mata yang gatal.

3. Untuk menjaga kehormatan diri.

4. Tudung labuh memberi kehormatan yang tinggi kepada perempuan.

5. Tudung labuh sedikit sebanyak mampu mendidik diri untuk menjadi lebih baik. Tetapi sekiranya si pemakai tudung labuh buat salah, jangan pula dipersalahkan tudung tu tetapi salahkan si pemakai kerana tudung itu tugasnya hanya menjaga aurat tuannya bukan menjaga akhlak tuannya.


#sekarang saya rasa selesa sgt pakai tudung labuh cmni alhmdulillah,rasa terselamat je,kalo ade kaum adam lalu pn diorg hormat,biarlah apapn yg org nk ckp bile kite berubah cmni tp kite kene ingat,kite buat bnda baik,sesuatu yg allah redha,inshaallah allah akn kuatkn kite,BERUBAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA,,,,inshaallah, ,alhmdulillah,, and now,semua org dpt time saya pakai tudung labuh :) mula2 tu takot jgk,takot xkuat,dan takot org xtime,tp skrg alhmdulillah diorg siap bg semangat lagi.. :) kene ingat satu perkara kalo kite sayangkn ayah kite,kite xnk ayah kite masok neraka,kite jagalah aurat kite dan cek pakaian kite sebelum keluar dr rumah,  bak kata dr izzi,,renung2kanlah selamat beramal.. :)

Ahad, 9 Mac 2014

saling tegur menegur apabila melihat kesalahan depan mata kite

Saya Sedih!

 Kenapa awak tak tegur saya?
 Awak tahu saya tak tutup aurat dengan sempurna, memakai baju mengikut fesyen sehingga melanggar syariah Islam, tetapi kenapa awak tak tegur saya?
Malah awak puji saya dengan cakap apa? “ Cantiknya awak pakai baju tu!”


Awak tahu saya buat maksiat dengan Boyfriend saya, selalu sahaja saya mengemas kini status dengan gambar saya dengan Boyfriend saya, tetapi kenapa awak tak pernah tegur saya? Malah awak ucap apa dekat saya? “ Tahniah, semoga kekal ke jinjang perkahwinan.” 


Ucapan awak tu membuatkan saya semakin hanyut dengan dunia maksiat! Awak tahu saya selalu mengumpat dekat kawan saya, tetapi awak membiarkan sahaja saya mengumpat malah awak mengia-iakan lagi membuatkan saya yakin bahawa saya adalah di pihak yang benar walau saya tahu saya salah.


Awak, Awak memang sengaja nak masukkan saya ke neraka kan?
Awak sengaja nak bahagia dengan masuk syurga sendirian kan?
Awak jangan harap nak masuk sebab saya akan tarik awak masuk neraka bersama-sama dengan saya sebab awak sekongkol untuk membuatkan saya leka di dunia.

Saya kurang ilmu agama, tetapi awak tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama awak tu? Kenapa awak tak guna untuk bantu saya?

Saya tahu saya tak guna, tetapi awak lagi tak guna dengan membiarkan saya terseksa di kubur dengan seksaan yang perit! Awak tunggulah di akhirat kelak, saya akan tarik awak masuk neraka sebab awak tak tegur saya!



 Moral Value: Sekiranya kita tahu, sahabat kita melakukan kesalahan, janganlah membiarkan mereka terus melakukan kesalahan, tegurlah dengan harapan kita juga mampu bersama dengannya di syurga.

Salah Facebook atau kita?

mari kite renungkan samasama,salah kite ke salah facebook mbuatkn kite lalai.,.

 " Ah, aku tak update status lagi." " Yeah! Aku ada makwe dalam FB." " Sesungguhnya FB digunakan untuk mencari jodoh." Itulah yang difikirkan oleh seorang lelaki yang bernama Zaid.

Facebook menjadi laman sosial yang sangat diminati olehnya. Mana tidaknya, senang sahaja dia dapat maklumat apa-apa melalui FB. Dapat awek pun melalui FB. Cun pula tu.

Zaid dulu yang aktif bersosial bersama kawannya kini menukar gaya hidupnya. Zaid kini aktif bersosial di FB.

Kawannya menjadi tertanya-tanya, ke mana Zaid? Zaid kini suka bersendirian melayan teman muka bukunya. Nak larang ni, jangan buat Zaid marah! Kalau tak, memang sumpah seranah dia update status dia. Tetapi Zaid tak sedar, dia menyumbang dosa kepada orang lain apabila menyumpah dalam FB dan dosanya dua kali lebih ganda daripada menyumpah di hadapan orangnya.

Yang dapat dosa, kita dan pembaca. Yang paling sedih, Zaid selalu meluahkan perasaannya melalui FB. Ada seorang insan menegurnya di dalam FB: " Face Al-Quran, not Facebook it." Zaid menjadi berang! Siapa kau nak tegur aku? Lalu diblock orang yang menegurnya iaitu Ibunya sendiri. Teruknya penangan FB pada Zaid.

 Sampai satu tahap, Zaid membeli telefon Pintar, katanya untuk memudahkan dirinya untuk stay connected dengan rakan muka bukunya. Seronok bukan main! Tidur FB, Bangun FB, makan FB, assignment FB.

Pada suatu hari, Zaid dipanggil oleh pensyarahnya, nak tahu kenapa? Assignmentnya FAIL! Ayat merapu, penggunaan bahasa yang sangat teruk. Malah assigmentnya dengan kejamnya dibaling ke bakul sampah. Zaid terasa hati dengan pensyarahnya lalu diupdate status: "Pensyarah Kejam! Ada ke patut baling assignment aku dalam tong sampah! Memang s*** lahh!" Maka berlakulah sesi mengumpat di situ. Syaitan gelak sebab melihat keletah Zaid.

Pada hujung semester, Zaid pulang ke kampungnya. Selepas sahaja bersalaman dengan bapanya, dia mahu bersalam dengan Ibunya. Tetapi apa yang ibunya kata? " Awak tak perlu Ibu pun. Main jelah FB tu. Buat apa salam ibu." Tersentap Zaid. Lalu dia mengupdate status meminta pendapat bagaimana untuk mengurangkan rasa marah ibunya kepada dirinya. Dan ada satu komen yang sangat menyentap hatinya: " Senang sahaja, kurangkan main FB dan berbual dengan Ibu kau ni. Dah lama kau tak berbual dengan dia. Call pun tak." Nak tahu siapa komen? Bapanya.

Air mata jantannya menitis tanpa sedar. Tiba-tiba hidayah datang kepadanya di dalam keadaan yang sungguh leka berFB.

 " Ya, Allah, sungguh aku tak sedar aku sudah mengabaikan keluarga aku dan sahabat aku sendiri." Lalu FBnya dilog out dan terus dia pergi memeluk ibunya. Ampun dipohon dan segalanya kembali normal.

Zaid kini tidak lagi gila facebook. Dia sudah mula bergaul dengan sahabat-sahabatnya.

Dia berterima kasih kepada sahabatnya kerana masih sanggup menerima dirinya. Tetapi ada satu persoalan, salah kita atau facebook jika kita terleka?

Gunalah facebook untuk jalan dakwah. In sha Allah anda mampu mengubahnya.

Sabtu, 1 Mac 2014

assalamualaikum.. alhmdulillah tepat jam 1.08ptg pd 25feb 2014 lahirnya seorang putera dan hero kedua dalam keluarga kami yang diberi nama CHE ZAFRAN NASAIE BIN CHE MOHD HANIFF,, alhmdulillah ank dan umi nya sihat.diharap hero ini akn menjadi pejuang agama satu hari nnti..inshaallah...comelkan... cute sgt2..nak tubit rasanya......