Selasa, 13 Mei 2014

....UNIKNYA JODOH.....

.
jodoh itu unik.sesekali yg dikejar-kejar menjauh..yang tak sengaja mendekat.yang seakan sudah pasti menjadi ragu,yang awalnya diragu menjadi pasti,yg ternilai menjadi biasa,yang tak dinilai menjadi ternilai,yang selalu diimpikan tak berujung pernikahan,yang tak pernah terfikir,bersanding dipelamin,maka percyalah.......


  1. jodoh itu bukan masalah seberapa lama kamu mengenalinya,
  2. seberapa akrab kamu dgn org tuanya,
  3. atau seberapa sering kamu berkomunikasi dgnnya.....

  • tapi seberapa yakin kamu dgnNya
  • seberapa besar kepasrahan kamu padaNya
  • seberapa besar kamu merayuNya
  • seberapa besar semangat kau menyempurnakan ikhtiar utk mendapatkanNya
  • seberapa ikhlas saat kau gagal mendapatkanNya
  • Lalu diganti dgn yang baik menurut versiNya....






MOGA SAHABAT YANG SEDANG DALAM PENANTIAN SEMAKIN YAKIN DGN TAKDIR ALLAH.SEMAKIN SEMANGAT MENJEMPUT BELAHAN JIWANYA>>>AAMIIN>>AAMIIN

MATI JUGA JODOH KITA<JGN PERNAH LUPA TAW........

Ahad, 27 April 2014

hakikatnya jodoh...




apabila dua orang telah digariskan utk dpt hidup bersama...telah  tertulis siapa yg menjadi jodohnya dlm kitab lauhal mahfudz maka sejauh apapn meraka,sebanyak apapun rintangan yg mghalangi,sebesar apapun beza diantara mereka,sekuat apapun usaha dua org tersebut utk mghindarinya,meski mereka tidak pernah saling bertengur sapa...PASTI.!!!!!!!!! tetap  sahaja mereka akan bersatu,seakan  ada magnet yg menarik mereka,akan adaa hal yg datang utk menyatukan mereka berdua akan ada suatu kejadian yg mbuat mereka saling mendekat dan akhirnya bersatu.........AAMIIN,,,,,

Isnin, 10 Mac 2014

luahan dan pertanyaan seorang sahabat blogger saya...jom sama sama kite dgrkan dan bacakan,, semoga menjadi penguat semangat wanita2 diluar sana..

Assalamualaikum..

 blh ana nak ty satu pertanyaan??
sbnrnya ana xbpurdah. Ana berniat utk pakai purdah tp byk halangannya.. satu hari saudara ana ade ckp kt ana yg org pakai purdah ni layak utk org cntik je sb takot fitnah dan myembunyikn kecantiknnya dr lelaki..tp org xcntik xperlu pakai dan xsesuai pakai purdah sb xde org laki nak tgok pn dan mgkin xde sapa pn inginkn. Emm.sejak dr tu ana rasa down sb ana kategori yg xcntik.. ana mohon sgt penjelasan dr kekawan semua mengenai perkara ni...syukran..

Sabtu 12.27 pagi


 wa'alaikumussalam.. maaf atas kelewatan cantik tu subjektif.. org lain, lain pandangannya.. contoh :- minah ni cantik bg ali.. tp abu tengok, minah ni biase2 je.. pndangan laki ni berbeza.. memang setengah org digalakkan pakai niqab sbb wajah menjadi fitnah. seperti wajah menjadi daya tarikan buat kaum Adam.. setengah org digalakkan pakai niqab sebab, utk tutup kecacatan yg menyebabkan dirinya dihina.. tp niqab tu kan sunnah.. tak perlu tunggu cantik utk berniqab..

kenapa perlu pakai tudung labuh ea??

" Eh, kenapa kamu pakai tudung labuh? Tak panas ke eh? Mesti kuat agama kan?"

Aku menoleh ke arah seorang perempuan yang berselendang singkat lalu berkata: " Kenapa awak pakai selendang tu? Tak panas ke?"

Terkejut perempuan itu lalu berkata: " Sebab panas la saya pakai macam ni. Lega sikit. Tak rimas. Panas pun tak sangat." Pandai bagi jawapan.

Hehe " Samalah saya pun, sebab panas lah saya pakai labuh, tutup sebab dekat akhirat nanti memang panas. Latihanla ni." Perempuan itu sentap lalu tersenyum.

Nak tahu kenapa pakai tudung labuh? Banyak sangat sebabnya antaranya ialah:

1. Untuk mengelakkan terdedah bentuk aurat di bahagian dada dam.juga belakang.

2. Tudung labuh menundukkan pandangan mata yang gatal.

3. Untuk menjaga kehormatan diri.

4. Tudung labuh memberi kehormatan yang tinggi kepada perempuan.

5. Tudung labuh sedikit sebanyak mampu mendidik diri untuk menjadi lebih baik. Tetapi sekiranya si pemakai tudung labuh buat salah, jangan pula dipersalahkan tudung tu tetapi salahkan si pemakai kerana tudung itu tugasnya hanya menjaga aurat tuannya bukan menjaga akhlak tuannya.


#sekarang saya rasa selesa sgt pakai tudung labuh cmni alhmdulillah,rasa terselamat je,kalo ade kaum adam lalu pn diorg hormat,biarlah apapn yg org nk ckp bile kite berubah cmni tp kite kene ingat,kite buat bnda baik,sesuatu yg allah redha,inshaallah allah akn kuatkn kite,BERUBAH KERANA ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA,,,,inshaallah, ,alhmdulillah,, and now,semua org dpt time saya pakai tudung labuh :) mula2 tu takot jgk,takot xkuat,dan takot org xtime,tp skrg alhmdulillah diorg siap bg semangat lagi.. :) kene ingat satu perkara kalo kite sayangkn ayah kite,kite xnk ayah kite masok neraka,kite jagalah aurat kite dan cek pakaian kite sebelum keluar dr rumah,  bak kata dr izzi,,renung2kanlah selamat beramal.. :)

Ahad, 9 Mac 2014

saling tegur menegur apabila melihat kesalahan depan mata kite

Saya Sedih!

 Kenapa awak tak tegur saya?
 Awak tahu saya tak tutup aurat dengan sempurna, memakai baju mengikut fesyen sehingga melanggar syariah Islam, tetapi kenapa awak tak tegur saya?
Malah awak puji saya dengan cakap apa? “ Cantiknya awak pakai baju tu!”


Awak tahu saya buat maksiat dengan Boyfriend saya, selalu sahaja saya mengemas kini status dengan gambar saya dengan Boyfriend saya, tetapi kenapa awak tak pernah tegur saya? Malah awak ucap apa dekat saya? “ Tahniah, semoga kekal ke jinjang perkahwinan.” 


Ucapan awak tu membuatkan saya semakin hanyut dengan dunia maksiat! Awak tahu saya selalu mengumpat dekat kawan saya, tetapi awak membiarkan sahaja saya mengumpat malah awak mengia-iakan lagi membuatkan saya yakin bahawa saya adalah di pihak yang benar walau saya tahu saya salah.


Awak, Awak memang sengaja nak masukkan saya ke neraka kan?
Awak sengaja nak bahagia dengan masuk syurga sendirian kan?
Awak jangan harap nak masuk sebab saya akan tarik awak masuk neraka bersama-sama dengan saya sebab awak sekongkol untuk membuatkan saya leka di dunia.

Saya kurang ilmu agama, tetapi awak tinggi ilmu agama. Mana ajaran agama awak tu? Kenapa awak tak guna untuk bantu saya?

Saya tahu saya tak guna, tetapi awak lagi tak guna dengan membiarkan saya terseksa di kubur dengan seksaan yang perit! Awak tunggulah di akhirat kelak, saya akan tarik awak masuk neraka sebab awak tak tegur saya!



 Moral Value: Sekiranya kita tahu, sahabat kita melakukan kesalahan, janganlah membiarkan mereka terus melakukan kesalahan, tegurlah dengan harapan kita juga mampu bersama dengannya di syurga.

Salah Facebook atau kita?

mari kite renungkan samasama,salah kite ke salah facebook mbuatkn kite lalai.,.

 " Ah, aku tak update status lagi." " Yeah! Aku ada makwe dalam FB." " Sesungguhnya FB digunakan untuk mencari jodoh." Itulah yang difikirkan oleh seorang lelaki yang bernama Zaid.

Facebook menjadi laman sosial yang sangat diminati olehnya. Mana tidaknya, senang sahaja dia dapat maklumat apa-apa melalui FB. Dapat awek pun melalui FB. Cun pula tu.

Zaid dulu yang aktif bersosial bersama kawannya kini menukar gaya hidupnya. Zaid kini aktif bersosial di FB.

Kawannya menjadi tertanya-tanya, ke mana Zaid? Zaid kini suka bersendirian melayan teman muka bukunya. Nak larang ni, jangan buat Zaid marah! Kalau tak, memang sumpah seranah dia update status dia. Tetapi Zaid tak sedar, dia menyumbang dosa kepada orang lain apabila menyumpah dalam FB dan dosanya dua kali lebih ganda daripada menyumpah di hadapan orangnya.

Yang dapat dosa, kita dan pembaca. Yang paling sedih, Zaid selalu meluahkan perasaannya melalui FB. Ada seorang insan menegurnya di dalam FB: " Face Al-Quran, not Facebook it." Zaid menjadi berang! Siapa kau nak tegur aku? Lalu diblock orang yang menegurnya iaitu Ibunya sendiri. Teruknya penangan FB pada Zaid.

 Sampai satu tahap, Zaid membeli telefon Pintar, katanya untuk memudahkan dirinya untuk stay connected dengan rakan muka bukunya. Seronok bukan main! Tidur FB, Bangun FB, makan FB, assignment FB.

Pada suatu hari, Zaid dipanggil oleh pensyarahnya, nak tahu kenapa? Assignmentnya FAIL! Ayat merapu, penggunaan bahasa yang sangat teruk. Malah assigmentnya dengan kejamnya dibaling ke bakul sampah. Zaid terasa hati dengan pensyarahnya lalu diupdate status: "Pensyarah Kejam! Ada ke patut baling assignment aku dalam tong sampah! Memang s*** lahh!" Maka berlakulah sesi mengumpat di situ. Syaitan gelak sebab melihat keletah Zaid.

Pada hujung semester, Zaid pulang ke kampungnya. Selepas sahaja bersalaman dengan bapanya, dia mahu bersalam dengan Ibunya. Tetapi apa yang ibunya kata? " Awak tak perlu Ibu pun. Main jelah FB tu. Buat apa salam ibu." Tersentap Zaid. Lalu dia mengupdate status meminta pendapat bagaimana untuk mengurangkan rasa marah ibunya kepada dirinya. Dan ada satu komen yang sangat menyentap hatinya: " Senang sahaja, kurangkan main FB dan berbual dengan Ibu kau ni. Dah lama kau tak berbual dengan dia. Call pun tak." Nak tahu siapa komen? Bapanya.

Air mata jantannya menitis tanpa sedar. Tiba-tiba hidayah datang kepadanya di dalam keadaan yang sungguh leka berFB.

 " Ya, Allah, sungguh aku tak sedar aku sudah mengabaikan keluarga aku dan sahabat aku sendiri." Lalu FBnya dilog out dan terus dia pergi memeluk ibunya. Ampun dipohon dan segalanya kembali normal.

Zaid kini tidak lagi gila facebook. Dia sudah mula bergaul dengan sahabat-sahabatnya.

Dia berterima kasih kepada sahabatnya kerana masih sanggup menerima dirinya. Tetapi ada satu persoalan, salah kita atau facebook jika kita terleka?

Gunalah facebook untuk jalan dakwah. In sha Allah anda mampu mengubahnya.

Sabtu, 1 Mac 2014

assalamualaikum.. alhmdulillah tepat jam 1.08ptg pd 25feb 2014 lahirnya seorang putera dan hero kedua dalam keluarga kami yang diberi nama CHE ZAFRAN NASAIE BIN CHE MOHD HANIFF,, alhmdulillah ank dan umi nya sihat.diharap hero ini akn menjadi pejuang agama satu hari nnti..inshaallah...comelkan... cute sgt2..nak tubit rasanya......

Selasa, 2 Julai 2013

AMALAN BAGI WANITA KETIKA HAID & NIFAS DI BULAN RMADHAN

ASSALAMUALAIKUM.. pejam celik pejam celik dah nk puasa dah,,tinggal mghitung hari je lgi ni,ari ni dah 02/07/2013 bersamaan 23syaban 1434hijrah dah..inshaallah 7hari lg nk puasa,,ha,cmne persiapan??bg yg perempuan puasa dah gnti ke belum tu??cepat2,dh nk puasa dah ni... lelaki kene wajib puasa penuh tp klo pmpuan ni adalah masalahnnya utk puasa penuh,,emm,,paham2 je lah ABC ,,hehe..tp ada sesetgh kite ni,pempuanlah xtw apa amalan yg nk dibuat bile dtg haid masa bulan puasa ni,,jom sama2 kite baca fakta dibwah ni..semoga kite org pmpuan dpt buat amalan ni ea. in sha allah.. :)


Sebahagian wanita Islam yang kedatangan haid dan nifas dalam bulan Ramadhan  merasa  tidak gembira dan bimbang  kerana kehilangan peluang  untuk  beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah  dan Rahmat.  Kepada mereka yang berperasaan demikian  di nasihatkan supaya tidak berdukacita kerana yang mereka alami itu adalah  suatu ketetapan Allah keatas  manusia dari kaum Hawa.
 Sepertimana yang di sabdakan olih  RSAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa dia dalam  kedatangan haid semasa mengerjakan haji(dalam ihram) “berkata Saidatina Aishah r.a ,Rasullah datang  kepadaku  sedang aku menanggis,lalu baginda bertanya “ apa hal  kamu ?, adakah kamu kedatangan haid?, aku menjawab:” Ya”, baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).  Dalam sebuah hadith yang lain RSAW bersabda:” Apabila seorang hamba sakit atau musafir Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal ketika sehat dan tidak bermusafir(bermukim).
 Manakala haid adalah merupakan sebagai penyakit yang mendatang yang menghalang seorang wanita dari   melakukan perkara yang  bolih dilakukannya ketika dia sihat. Olih yang demikian, wanita yang kedatangan haid mempunyai simpanan tetap pahala ibadahnya.  Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang taat melakukan kewajipanya semasa dia sehat, melainkan hanya terhalang dengan kedatangan haid atau nifas. Ramai kaum wanita yang kedatangan haid dalam bulan Ramadhan khasnya (dan bulan-bulan lain) ,sering melalaikan  dari mengingati Allah dan merasai nikmat kerohanian bulan mulia ini.
 Mereka  menghabis masa dengan menonton TV atau seumpamanya dengan sangkaan bahawa mereka bolih berbuat demikian menjauhi segala amalan kerohanian atau ibadat  kerana mereka dalam haid atau nifas.  Akhirnya perasaan lemah  untuk beramal akan  menguasai mereka setelah mereka suci dari haid atau nifas  dan menyebabkan mereka malas untuk mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan. Olih yang demikian , untuk menggelak terjadinya perasaan lemah tersebut dan menjaga supaya berterusan menghayati kerohanian bulan Ramadhan ini semasa dalam haid dan nifas dan menghindarkan dari mendapat kerugian pahala yang banyak yang bolih di perolihi, di anjurkan mereka melaksanakan berbagai-bagai amal ibadat yang masih bolih di lakukan olih wanita semasa dalam haid dan nifas.

 Antara amalam-amalanya adalah seperti berikut: 

1..Membaca Al Quraan tanpa musyhaf seperti membaca ayat-ayat alquraan yang tertulis di dinding2 atau di web-site dan you-tube.

2..Mendengar bacaan AlQuraan daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.

3..Membaca dan memahami ayat AlQuraan dari kitab tafsir.

4..Perbanyakkan ber zikir-ziki, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .   

5..Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. Maksudnya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan  Aku memohon keampunan  kepada Allah dari segala dosa. -maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.

6..Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.

7..Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .

8..Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .

9..Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.

10..Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir.


11..Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga bolih mendapat ganjaran pahala bulan  Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtgangga. Antara lainya:

12..Menyedaikan juadah berbuka dan bersahur .

13..Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.

14..Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.

15..Melibatkan diri dalam aktibiti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar. Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan olih Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari.  Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.

Khamis, 27 Jun 2013

indahnya bertudung labuh..^_^

ASsalamualaikum semua...

ana nak cite skit pengalaman ana bile pertama kali bertudung labuh.. dulu ana hanya bertudung biasa,bertudung 3 segi n tudung belit2,belit sana,belit atas,mcm2 fesyenlah..

satu hari tu ana ternmpak sepupu ana pakai tudung labuh,yaallah tergerak dlm hatiku myatakn Cantiknya,tertutupnya pakaian dia,cntiknya dia pakai jubah,comel.

terdetik dlm hati ni myatakan bile aku nk pakai cmni??smpai ble aku nk pakai tudung singkat je?pakai tudung labuh ckit pn hy kt sekolah je,bile nk p jln3 pakai tudung belit2..maklumlah dlm keluarga ana xde sorang pn yg pakai tudung labuh.yg pakai pn hanya mak ana.

selama ni ana xambik peduli pn pasai penutupan aurat ngn sempurna ni.ya,ana xmendedahkn aurat pn,ana still tertutup tp hy tudung ana je yg singkat ckit.lgpn ana cm dah terbiasa ngn pemakaian ni sb ana berfikir kakak2 ana pn bertudung cam ana gok,jd wt biasalah kot lgpn still tertutup,xterdedah pn.

ana ade fb,ana bukak fb,ramai friends list ana bertudung labuh n berjubah,malahan ade jgk yg berpurdah..yaallah comelnya mereka.. :) tp ana berfikir,adakah ana layak utk berpakaian cm diorang,tentu2lah byk risiko n halangannya,ana takot ana xkuat hadapi semua ni,,

ana adelah berkenalan rapat ngn seorg hamba allah ni,dia bertudung labuh n berpurdah n berjubah..disitu bermulanya penghijrahan ana..dia byk mengajar ana tentang agama,tentang penutupan aurat ngn sempurna,tentang pelbagai perkara yang ana xtw,.

selama ni mak dh byk ajar ana semua ni tp krn sikap ana dulu yg poyo,yg nakal n diketegorikan sebagai 'gangster' hehehe..ana xberminat n ana xambil peduli semua hal ni..skrg ana rasa myesal sgt9 sb ana dulunya cuai n lalai,,bak kata org 'sesal dulu pndapatan,sesal kemudian tiada gunanya..'

tp sjk dr pkenalan ana ngn sahabat ana tu,ana berazam nk belajar n ambil tahu tentang agama,tentang pemakaian yg smpurna,,ana berazam n tekat walau apapun halangn akn ana tempuhinya..

satu hari tu ana kemas almari bilik mak,ana terjumpa sehelai tudung labuh tu,yaallah cnti sgt,ana cuba pakai,yaallah hy allah je yg tahu raasa hati ni,tenang je...

satu hari tu ana myuarakan permintaan ana u bertudung labuh kt mak,.mak ckp pakai je,mak 100% akan myokong..alhmdulillah yaallah ana rasa bersyukur sgt2 sb mak ana izinkan..

pertama kali ana bertudung labuh ni,adelah suara2 kwn2 ana n org sekeliling tgok perubahan ana ni,ade yg ckp ana ni 'berlagak alimlah,berlagak cam ustazahlah padahal sekolah biasa je,,ana aku sekolah agama pn keluar umh xpakai tudung apatah lg bertudung labuh..berlagak betoi ko ni ' ...

mula2 tu ana rasa terpukul ngn kata2 tu,ana rasa putus asa n rasa give up je,,tp sahabat ana n mak ana byk bagi ana semangat,,mak ckp pedulikan kata org,bile diaorg ckp cmtu,kita ckp alhmdulillah je,,pahala dpt kt kite,dia dpt dosa sb mgata kite n mcegah kite buat bnda baik..

so,ana ikotlah saranan mak tu..alhmdulillah skrg ana rasa dh biasa dah ngn semua ni.ana rasa lali dah,,lps tu org2 tu dah xmgata ana dpn2 dah cuma dia adalah mgata belakang2..tgok ana atas n bwh..

ana kan dh lama xjumpa shbt2 ana masa skolah lu,satu hari tu kwn2 ana ajak ana n semua sekalas dtg jmpa n bkumpul kt pantai,mula2 tu ana rasa xnk pegi sgt sb ana takot ana xkuat utk time cemuhan org n kataan org,,tp ana kuatkn jgk,, tibelah hari tu,ada kwn yg time n ade kwn yg yg cm meluat je ngn ana.sabar je lah,,ana sorg kwn ana tu dia ckp 'eh,kau ke?/dh bertudung labuh??kau jd ustazah ke??ak ingatkn td ustazah manalah,rupanya kau'huhu...dia gelak kt ana...yallah sedihnya,, :( tp ana tw ana ade allah,,jd ana sabar22,,,diorg pndg ana atas bawah smbpil berbisik sesama sndiri,,yaallah,,,tp nasib baiklah ade sorang kwn ana ni yg baik,dia time ana,dia ckp'pedulikan semua tu,kubur lain2kan,dia mgata dia dpt dosa ,kau dpt pahala,,lgpn kalo kau berterusan dgr kata2 org,ckp2 org lama kelamnaan kau akn kecundg balik,,kau nak ke????' yaallah aku xnk..dia memintaku utk terus bersabar.. yes alhmdulillah ana dpt mgharunginya... :)

 alhmdulillah syukur yaallah krn ENGKAU etelah myedarkn ana dr terus terlalai,,inshaallah ana ana berusaha utk istiqamah ngn cara pmakaian ana ni,ana cuba utk terus n sentiasa bersabar ngn segala halangan n cubaan yg mdatang..dan yg paling mgembirakan ana,,keluarga ana myokong ana,keluarga ana bg ana smgt,


alhmdulillah daku bersyukur padaMU yaallah atas sgla hidayah yg ENGKAU berikan kpdku walaupn ana xbsekolah agama... yaallah semoga ana istiqamah senantiasa....yaallah indahnya bertudung labuh dan ana sedang merasainya....