ASSALAMUALAIKUM.. pejam celik pejam celik dah nk puasa dah,,tinggal mghitung hari je lgi ni,ari ni dah 02/07/2013 bersamaan 23syaban 1434hijrah dah..inshaallah 7hari lg nk puasa,,ha,cmne persiapan??bg yg perempuan puasa dah gnti ke belum tu??cepat2,dh nk puasa dah ni... lelaki kene wajib puasa penuh tp klo pmpuan ni adalah masalahnnya utk puasa penuh,,emm,,paham2 je lah ABC ,,hehe..tp ada sesetgh kite ni,pempuanlah xtw apa amalan yg nk dibuat bile dtg haid masa bulan puasa ni,,jom sama2 kite baca fakta dibwah ni..semoga kite org pmpuan dpt buat amalan ni ea. in sha allah.. :)
Sebahagian wanita Islam yang kedatangan haid dan nifas dalam bulan Ramadhan merasa tidak gembira dan bimbang kerana kehilangan peluang untuk beramal dan beribadah dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan Rahmat. Kepada mereka yang berperasaan demikian di nasihatkan supaya tidak berdukacita kerana yang mereka alami itu adalah suatu ketetapan Allah keatas manusia dari kaum Hawa.
Sepertimana yang di sabdakan olih RSAW kepada Saidatina Aisyah r.a semasa dia dalam kedatangan haid semasa mengerjakan haji(dalam ihram) “berkata Saidatina Aishah r.a ,Rasullah datang kepadaku sedang aku menanggis,lalu baginda bertanya “ apa hal kamu ?, adakah kamu kedatangan haid?, aku menjawab:” Ya”, baginda menegaskan bahawa ini perkara yang Allah menetapkan ke atas wanita “(Riwayat Bukhari).
Dalam sebuah hadith yang lain RSAW bersabda:” Apabila seorang hamba sakit atau musafir Allah menulis baginya pahala sepertimana ianya beramal ketika sehat dan tidak bermusafir(bermukim).
Manakala haid adalah merupakan sebagai penyakit yang mendatang yang menghalang seorang wanita dari melakukan perkara yang bolih dilakukannya ketika dia sihat. Olih yang demikian, wanita yang kedatangan haid mempunyai simpanan tetap pahala ibadahnya. Ini merupakan pemberian Allah kepada wanita yang taat melakukan kewajipanya semasa dia sehat, melainkan hanya terhalang dengan kedatangan haid atau nifas. Ramai kaum wanita yang kedatangan haid dalam bulan Ramadhan khasnya (dan bulan-bulan lain) ,sering melalaikan dari mengingati Allah dan merasai nikmat kerohanian bulan mulia ini.
Mereka menghabis masa dengan menonton TV atau seumpamanya dengan sangkaan bahawa mereka bolih berbuat demikian menjauhi segala amalan kerohanian atau ibadat kerana mereka dalam haid atau nifas. Akhirnya perasaan lemah untuk beramal akan menguasai mereka setelah mereka suci dari haid atau nifas dan menyebabkan mereka malas untuk mengerjakan segala amal ibadah dan kebaikan.
Olih yang demikian , untuk menggelak terjadinya perasaan lemah tersebut dan menjaga supaya berterusan menghayati kerohanian bulan Ramadhan ini semasa dalam haid dan nifas dan menghindarkan dari mendapat kerugian pahala yang banyak yang bolih di perolihi, di anjurkan mereka melaksanakan berbagai-bagai amal ibadat yang masih bolih di lakukan olih wanita semasa dalam haid dan nifas.
Antara amalam-amalanya adalah seperti berikut:
1..Membaca Al Quraan tanpa musyhaf seperti membaca ayat-ayat alquraan yang tertulis di dinding2 atau di web-site dan you-tube.
2..Mendengar bacaan AlQuraan daripada CD,TV, Radio dan seumpamanya.
3..Membaca dan memahami ayat AlQuraan dari kitab tafsir.
4..Perbanyakkan ber zikir-ziki, Selawat dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat .
5..Doa ketika haid: “Alhamdulillah ‘ala kullin hal waasta’firrullaha min kullin zambin. Maksudnya: Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan Aku memohon keampunan kepada Allah dari segala dosa.
-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya.
6..Mendengar ceramah-ceramah serta tazkirah melalui kaset,CD dan seumpamanya.
7..Membaca doa selepas mendengar azan setiap waktu .
8..Memberi nasihat kepada ahli keluarga supaya senantiasa mengingati Allah dan berzikir sepanjang hari di bulan Ramadhan .
9..Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu setiap kali masuk waktu.
10..Menggalakkan ahli keluarga menunaikan solat-solat sunat: dhuha, terawikh, tahajud dan witir.
11..Disamping amal ibadah dan zikir seperti yang disebutkan,wanita dalam haid dan nifas juga bolih mendapat ganjaran pahala bulan Ramadhan Al Mubarak dengan melaksanakan tugas-tugas harian rumahtgangga. Antara lainya:
12..Menyedaikan juadah berbuka dan bersahur .
13..Menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan.
14..Membangunkan ahli keluarga untuk bersahur.
15..Melibatkan diri dalam aktibiti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.
Kesimpulannya setiap wanita yang kedatangan haid dan nifas, tidak pernah di beza dan di ketepikan olih Islam dalam menghayati bulan Ramadhan Al Mubarak dengan ibadah dan amalan kebaikan dalam lingkungan rumahtangga dan masyarakat sehari-hari. Hanya kerana mereka tidak dapat menunaikan ibadah puasa (dan solat )mereka tidak kehilangan peluang untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan Al Mubarak.